Pusara Merah Jambu… Kata Ibu…

Ibu doakan semoga kita semua berada dalam rahmatnya…

sentiasa dibukakan hati untuk menerima petunjuk n hidayah dariNya.

Tadi tgh duk online pas anak2 dh tido..

bajet nk cari bahan untuk weekend project dgn El bros sekali tertarik la dengan satu isu ni..

dh viral kt media sosial tapi ibu ni la juga yg selalu terlewat..

busy momma la katakan.. ^^

kubur-pink-1-600x360

amat cumel benar la pusaranya.

secara amnya leh la klu nk kata pusara anak perempuan..

siap dgn kipas kincir ke apa ntah nama binatang tu..

alahai…

Bersama gambar pusara yang dihias indah itu disertakan keterangan berbunyi:

Tempahan Dibuka!
Luaran; warna ikut pilihan. Kalau nak mural Heri Poter pun boleh.
Dalaman; sistem audio mp3 bacaan Quran 24 jam dengan sumber tenaga solar. (Waktu malam guna bateri yg telah dicas pada siang hari). Bacaan Yasin automatik setiap malam Jumaat. Bacaan tahlil automatik pada 7 hari pertama setiap malam, tahlilan automatik pada hari ke 40, hari ke 100 dan pada tarikh ulangtahun kematian.
Optional: Speaker luar utk penziarah tumpang dengar.
Jimatkan duit anda. Tak perlu upah orang baca Quran dan tahlilan. Tak perlu buat kendhuri. Jom berebut tempah! satu inovasi bid’ah hasanah.

Status Facebook ini menjadi viral selepas disebarkan baik menerusi laman sosial mahu pun aplikasi mesej Whatsapp.

Ramai yang melihat sekali imbas rupa kubur tersebut melontarkan kecaman kerana ia dianggap keterlaluan.

cmnila..

hal bida’ah semua tu.. biar yang mahir, fasih, berilmu, berkelayakan la yang komen..

apa yang ibu tahu mmg xleh wat binaan kekal atas pusara.

ibu pn dh pesan kt ayah..

  Jika rezeki ibu Allah panggil dulu..

cukup letakkan tanda yg itu adalah satu pusara..

xperlu bernama…

DSC_0068

Mengenai larangan membina binaan di kuburan telah thabit dari Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.  Dari Jabir radhiAllahu `anhu, katanya:

نهى رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أن يُجصَّصَ القبرُ . وأن يُقعَدَ عليه . وأن يُبنى عليه

“Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam melarang untuk kubur dikapur, duduk di atasnya dan membina binaan di atasnya.”

(HR Muslim)

cam ibu gtau tadi hal hukum hakam, bida’ah semua tu..

serahkan pada yang pakar untu pencerahan….

apa yang ibu nk share kt cni pendapat ibu

ibu perhatikan bukan main lg la bahasa keyboard warrior yg dh berlambak sgt la ni..

klu dulu kita kata lidah setajam pisau…

sekarang ni..

xyah muka mulut pn dh leh nk menebas orang..

siapa sangka akan muncul detik ini kn..

satu detik yg kata2 tanpa suara umpama pedang..

kalah pedang..

pedang sekali libas satu pn belum tentu kena..

kata2 tanpa suara ni sekali libas satu dunia leh kena..

memang betul bnda2 tu semua xpatut..

cuma tegurla secara elok..

berhemahla ckit..

Agama Allah tu kn indah..

korang yg mengata macam2 tu ada anak x?

pernah hilang anak tak?

kadang bru putus cinta pn dh macam dunia nk berakhir dh..

cubalah belajar hormat perasaan orang…

first ibu tgok gmbar tu..

xbca apa pun lg isunya..

nk menitik airmata…

even en.hubby pn sama..

tau apa yg both of us terlintas kt pale masa tu…??

El bros kesayangan la…

IMG-20150306-WA0002

betapa beratnya hati parent nk lepaskan anaknya utk tinggal seorang diri.

klu waktu hidupnya..

ditatang..

tidurnya didakap, dicium, diselimutkan…

bayangkan tiba2 nk berpisah selamanya…

ikatan hati tu..

kita memang tahu..

kna beriman dgn qada’ & Qadr Allah..

Tapi ingatla…

prosesnya bukan mudah..

sebab tu Allah sediakan Syurga n Neraka..

sebagai balasan atas apa yg kita dh pilih..

meminta untuk redha tu mudah..

untuk redha itu tidak mudah..

waktu itu la iman mainkan peranan..

jadi bg golongan yg Allah berikan sedikit kelebihan ilmu dalam memahami hukum hakamNya …

tegurlah secara baik..

realisasikan la yg Agama Allah ini Indah..

Aku hamba Allah yg kerdil..

Tapi bg kalian yang seolah lengkap itu belum tentu tidak kerdil dimataNya..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s