Lets Tummy Time Mommies … ^ – ^

Assalammualaikum..

hai mommies sekalian.. harap u all semua sihat selalu..

bagi yang baru dapat baby, baru bergelar mama,ibu,mak,umi,mom..semua la..

Selamat datang ke kelab tidak lena tidur malam..

hihi..jgn isau..penat memang la penat bila ada anak tp nikmatnya hanya Allah yg tahu..

Syukur kita ada peluang tu.. ^-^

3hr

Armand El Thariq berusia 3 hari

mommies sekalian..

kali ni ibu terpanggil utk cite hal tummy time ni memandangkan ibu tengok ada ramai mommies kt luar sana yg enjoy ada baby tapi tak tahu apa aktiviti yang sesuai. Ramai yg kata..baby kan asyik baring je..tido aje.. nk wat aktiviti apa kn..

so…

LETS TUMMY TIME MOMMIES…!!!

sebelum tu nak gtau ckit APA ITU TUMMY TIME ?

senang je.. ‘masa utk perut’..maksudnya meletakkan anak dalam posisi perutnya di atas permukaan apa2 la.. faham?

iaitu meletakkan belakangnya berlawanan dari permukaan..

bahasa kampungnya “MENIARAP”..

Tapi mommies sekalian jgn ingat meniarap tu terus meniarap atas lantai tau.. start slowly..

asalkan dia tak 24 jam terlentang..

bagi baby newborn leh la start dgn dakap dia di dada kita.. sambil kita usap belakang dia.. sembang2 sambil dia layan degup jantung kita…

selain sembang leh la nk berdzkir or berdondang sayang jgn lagu yang high note dh la yer hihi..

pastu leh dimajukan levelnya mengikut pertambahan umur mengikut kesesuaian..

TTIndoor12

Armand El Thariq 3 bulan

tiarapkan baby kita kt atas peha…usap belakang dia.. elok klau ltak something dpan dia.. kadang tu corak tikar pn diorang layan.. so just relaks..jgn stress…

PERINGATAN : JANGAN SESEKALI TINGGALKAN BAYI ANDA SENDIRIAN KETIKA SESI TUMMY TIME K !!!

TTIndoor10

Armand E Thariq 6 bulan

duk cite hal Tummy Time ni..mesti samar2 lg KENAPA PENTINGNYA TUMMY TIME NI..?

  • Bayi kita dah terlalu lama berbaring.. kalau tidur malam dah tntu berbaring kan.. sian la kt diorang kan..
  • Boleh mengurangkan risiko SIDS (Sudden Infants Death Syndrome).. Memang baby perlukan tidur dlam keadaan berbaring utk tidur malam so utk daytime ni mommies sekalian kena luang masa ckit la utk jalankan sesi tummy time k.

 

TTIndoor6

biasanya pas tummy time mesti dia akan tido lena.. letih agaknya..ala2 bersenam gak kan..

  • Selain dari itu ia boleh mengelakkan dr terjadinya flat pada bahagian belakang or sisi sebelah kepala.. nanti anak duk baring je..leper je kepalanya kn..
  • Ia juga membantu menguatkkan otot dibahagian bahu dan leher.. juga membantu membina otot2 yang amat diperlukan untuk baby kita bergolek, duduk n merangkak nant.. pastu dengan cutenya diorang jalan terkedek-kedek..bestnyerr…

6 bulan

  • korang MESTI BUAT TUMMY TIME sbb ia sangat best, seronok, awesome.. ia merapatkan hubungan kita dgan anak kita dalam bentuk yang menyeronokkan..bukan setakat dgn kita je.. klu dia ada abg n kakak..libatkan diorang sekali..lg besttttttt.

A GREAT TIME TO BOND WITH YOUR BABY.. TTOutdoor4

  • yang paling penting aktiviti ni TAK PERLUKAN SEBARANG MODAL.

hanya perlukan ibu/ayah atau ibu&ayah + anak + kasih sayang

so.. apa tunggu lagi..jadikan amalan k..

ibu dah amalkan pd anak ketiga n Alhamdulillah ibu nampak hasilnya..

Armand El Thariq sgt aktif, sgt kuat badannya kakinya, balancing pn..

sudahnya ibu yang semput.. dia leh panjat lereng bukit tepi rumah ibu relaks je..

jangan terkejut kalau ibu kata dia leh berdiri atas jari kaki dia je..

bukan nak menunjuk tp nak kongsi supaya kita sama2 leh bantu anak2 kita optimumkan kebolehan diorang..

TTOutdoor3

Armand El Thariq 1 tahun https://youtu.be/ifT83OGRdz4

mommie sekalian jangan tersekat pd satu cara je k.. pelbagaikan mengikut kesesuaian..

ibu guna bola sebagai support tools.

TTIndoor9

jaga bahagian belakangnya.. GUNA DUA2 TANGAN tau..yg ni sementara je sebab sebelah tgn lg nk pegang kamera..

 

TTIndoor8

pastikan BOLA TIDAK TERLALU KERAS.. agar baby kesayangan kita selesa..

 

TTIndoor7

letak something di depan dia sebagai galakkan utk dia bergerak..

 

Kaedah ni bukan setakat utk leher n bahu diorang je.. tp melibatkan kaki sekali.. try n mommies akan faham maksud ibu..

TTIndoor2latihan kaki… ^-^

be creative k..

TTOutdoor2

leh juga wat outdoor tummy time sambil layan activity abang2nya..

 

TTOutdoor1

macam biasa akan keletihan n tertidur…

TAPI WAKTU2 SEKARANG NI JANGAN WAT ACTIVITY OUTDOOR LAK..

MALAYSIA TGH JEREBU KUAT KAN..

KLU KT OVERSEA GO ON K..

haha..perasan ada org oversea baca blog den..alahai.. ^-^

ni la keligatan Armand El Thariq skrg ni..

DSC00977 DSC00978 DSC00990 DSC01008 DSC00991DSC00992 best kan….

k  la.. ada masa nant ibu nk ketengah kan isu slide or gelongsor ni lak..

apa isunya.. ?

tungggguuuuu…

k. bye.. ^-^

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s