CLIMBING SLIDE.. KONTROVERSI ISU..PATUT KE TIDAK?

Assalammualaikum

climbing slide4
Camne korang hari ni..? harap sihat sbb bila kita sihat badan pun cergas..

wahaha..sukati jer cm rancangan budak tadika..
Ok. kali ni nk cite hal gelongsor ni.. bukan semua orang ada gelongsor kat umah ye tak..?

biasanya mmg akan bawa anak g playground la kan utk main bnda2 alah yg seangkatan dengannya tu..

pastu nant korang perasan tak..ada budak2 yg cm degil sangat je panjat gelongsor ikut depan tu..

kadang geram je rasa..

naik la ikut tangga..

bahaya la..

kena anak orang nanti..

tak tahu peraturan ke..

anak sapa la ni..

mak bapak dia biarkan je..

ish.. bla..bla..bla..

climbing slide3
Ok..

I adalah antara parent yg galakkan anak panjat gelongsor ikut depan k…

jangan marah ek..nant cepat tua.

N I pn suggest agar you all pn do the same thing.

WHY?

ni ibu nk cite.. dengar baik2 (baca betul2 ..hihi..^-^)

KENAPA KITA HARUS BENARKAN ANAK PANJAT GELONGSOR DARI ARAH TAK SEPATUTNYA?

climbing slide1

  • Diorang budak,2 keje diorang nk meneroka..biar la.. simple.. CUMA PARENT PERLU AWASI ANAK MASING2 K. kita yg mak pak ni jgn la bawa anak g playground pastu duk online upload tgh hangout dgn anak walhal alam maya…der…

climbing slide2

  • Disiplin mengikut peraturan.. hal ini juga mengajar bebudak ni supaya ada masa peraturan berubah mengikut keadaan.. dalam real life pn law bukan hanya ada black n white.. cth..perempuan tak leh buka aurat tp dalam keadaan darurat dibolehkan.. see? Diorang budak je pun.. sesuatu pekeliling kerajaan pn kna rujuk sekali dengan pekeliling lain..situasi adalah subjektif..

sharing

  • Leh ajar anak2 tentang respect n sharing tanpa stress.. camne? Kita sbg parent kna ingatkan diorang yg hanya boleh panjat melalui depan or tepi gelongsor bila takde orang lain nk slide down.. klu ada other kids yg nk slide down let him or her go down first. See.. selain dr g main gelongsor yg mbosankan.. kita dh ajar diorang respect orang lain, ikut giliran.. tul tak..?

DSC01020

  • Belajar untuk sensitive pada persekitaran.. ingatkan jgn panjat gelongsor kalau ada budak2 kecik.. bahaya.. diorang tak pandai lg..badan diorang tak kuat sgt lg.. so kita dapat pupuk sifat sensitive pada persekitaran pada anak disamping dia faham bahawa yang besar kna ada tanggungjawab pada yg kecil walaupun secara tak langsung.. main besar nanti lain lak perspektifnya tp asasnya adalah sama.. yg kuat tak leh buli yg lemah.. kita takut anak kita dibuli tp kita kadang terlupa utk membentuk anak2 supaya tidak jadi pembuli kn..kn..

cardboard

  • Menggalakkan perkembangan kreativiti.. berfikir di luar kotak.. timba pengalaman bahawa ada banyak perkara boleh dibuat mggunakan sesuatu benda.. cam slipar selain utk alas kaki leh wat main baling slipar or baling anjing dalam keadaan darurat.. kira kita galakkan anak2 utk ada critical thinking la kan..

  • Last tp yang paling penting sebenarnya.. Aktiviti ni merupakan Heavy Work Activity iaitu salah satu cabang sensory anak2 kita

…^-^…

Now kita cite hal HEAVY WORK ACTIVITIES lak..

Ia adalah aktiviti yg SANGAT DIPERLUKAN n diorang pun mmg mendambakannya..

amekaw..ayat tak leh blah..

Senang cite..aktiviti yang anak2 nak sangat sangat sesangat sangat nak buat.

Susah cite lak…aktiviti yang mak pak tak nak anak wat..

Bab memanjat ni bkn budak lelaki je kan.. perempuan pun sama.. tp ramai yang sekat anak2 perempuan diorang dr wat aktiviti sedikit lasak ni..alasannya perempuan.. alahai..diorang budak2.. kta nk anak tough..tabah dgn pancaroba.. klu dh ketahanan asas pn xde cmne?

HEAVY WORK ACTIVITY TU APA?

Aktiviti untuk membantu meningkatkan perhatian , mengurangkan mempertahankan diri , dan memodulasi rangsangan.
Input proprioceptive adalah prestasi tugas-tugas yang melibatkan rintangan berat dan input kepada otot dan sendi, dan adalah penting dalam membantu badan kita menyerap dan proses kedua-dua pergerakan ( vestibular ) dan sentuhan ( sentuhan ) maklumat.

(nk faham lagi g tanya mr.google k) hihi…

outdoor

tikar tu sebenarnya slide diy ktorg.. senang kn.. modal tak sampai RM10.. pas main gulung simpan..

 

Aktiviti kerja-kerja berat termasuk:

Tindakan yang melibatkan otot seluruh badan cam menolak, menarik, mengangkat, bermain, dan bergerak
Tindakan yang melibatkan otot lisan seperti mengunyah, menghisap, dan meniup
Menggunakan otot tangan untuk memerah, mencubit, atau menguli.

1405583772042

KADANG TU KITA SIBUK NAK ANAK PANDAI MENULIS..

AJAR PEGANG PENSIL N PEN NYA TIDAK..

PASTU MASUK SKOLAH PENING CIKGU2 NAK AJAR DARI BASIC..

PASTU MARAH CIKGU LAK SBB ANAK LAMBAT PANDAI2 .. SUSAH LA CMNI..

**Ini antara keluhan cikgu2 yg dismash oleh parent2 yang cakap banyak tp usaha xde.. anta anak g skolah tahu2 nak anak pandai.. anak tak pandai cam dia nak..dia nak marah cikgu.. nasib bukan ibu ni cikgunya.. klu dgn i..i kursuskan parent2 kategori ni..

20150101_202930

ok..berbalik pada isu asal..melalut lak.. emosi..

KENAPA HEAVY WORK ACTIVITY NI PENTING :

  • meningkatkan fokus  kadang ada budak tu kita duk suruh dia buat something tp pastu kita tanya dia dia wat apa td dia dh tak ingat..tu tak fokus la tu..
IMG_20141022_190918 - Copy

walaupun tu baju KEMAS tp ni aktiviti di Jemari Ibu’s Kitchen n diselia sepenuhnya oleh Jemari Ibu Homeschool.. k..hihi ^-^

  • meningkatkat tahap kesedaran badan dan otot  : untuk kes ni perasan tak kekadang tu ada budak yang berjalan terlanggar dinding la, terlanggar barang la..diorang nmpk tu dinding..diorang rasa dh elak dah tp still kena..
20150327_171649

water ballon.. cool je wat ni jd indoor activity kn.. pastikan beli belon yg tebal k..

  • mengurangkan ketahanan diri.. cthnya anak2 jadi terlalu cermat.. tak leh kotor ckit pun.. smua nak teratur n ikut kehendak dia.. ini akan menyusahkan diorang di masa hadapan.. PERCAYALAH…

waterplay

Ok la.. lain kali kita cite lagi pecahan heavy work activity ni k..

Tata^-^

Advertisements

2 thoughts on “CLIMBING SLIDE.. KONTROVERSI ISU..PATUT KE TIDAK?

  1. Ziadah says:

    Saya baca sampai habis. Part yang last tu (pasal anak terlalu cermat, tak boleh kotor), anak kedua saya macam tu. Memang saya jadi susah sebab dia sangat geli dengan kotor walaupun ‘poo’ dia sendiri. Sampai sekarang masih pakai pampers. Suami pernah ajar dia basuh ‘poo’ sendiri kat butt dia tapi dia geli. Aduhai…. saya masih tercari-cari cara mengajar dia potty train.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s